Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Thursday, January 27, 2022

启蒙华小举办校内新春庆祝活动 Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah

 (27日)启蒙华小师生同欢共庆壬寅年。期望在这个虎年,全体师生可以虎虎生威,虎助虎爱,虎年吉祥。

在庆祝会中,启蒙华小举办了几项精彩的活动。包括新春灯笼制作比赛,吹梅比赛以及作品展示。大家在依照SOP的情况下,开心地进行活动。在这期间,校长与老师们也一同帮忙同学们以让作品顺利完成。

(27 JAN) SJKC Chi Mang mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina di kelas masing-masing. Semoga semua warga SJKC Chi Mang dikurniai berkat dan restu serta dipermudahkan segala urusan. 

Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina, beberapa acara yang menarik telah diadakan iaitu pertandingan menghasilkan tanglung Tahun Baharu Cina, pertandingan seni tiup bunga dan sesi pembentangan hasil. Semua murid seronok menjalankan aktiviti dengan mematuhi SOP. Pada masa yang sama, Guru Besar dan guru-guru turut menghulurkan tangan supaya membantu murid-murid menyempurnakan hasil mereka dengan lancar. 


                                                  









最后,同学们在放学的钟声后,快乐地回家准备庆祝壬寅年的到来。

Apabila loceng waktu akhir berbunyi, murid-murid balik ke rumah dengan berpuas hati dan selamat untuk menyambut Tahun Baharu Cina. 

No comments:

Post a Comment