Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Sunday, January 16, 2022

“回校援助” 颁发仪式Program Bantuan Persekolahan “Kembali ke sekolah"

 (16日)林崇信校长与郑汉标学生事务副校长颁发“回校援助”给三位同学。此援助是由笨珍市议会基金会所赞助。 

(16 JAN) Guru Besar SJKC Chi Mang, Cikgu Lim Chong Sing dan GPK HEM, Cikgu Tea Han Biao telah menyampaikan baucar kepada tiga orang murid dalam Program Bantuan Persekolahan "Kembali ke Sekolah". Bantuan ini adalah disumbangkan oleh Yayasan Perbandaran Pontian. 



No comments:

Post a Comment