Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Saturday, February 26, 2011

Laporan Larian Perdana Mahkota Peringkat Sekolah SJKC Chi Mang





12 Februari 2011. Warga Pendidikan serta murid turut serta dalam acara Larian Perdana Mahkota yang julung-julung kali diadakan serentak di seluruh negeri Johor. sekolah diadakan di Tokong Huang Lao Xian Shi. Hampir 100 murid, guru, pengerusi PIBG, Ketua Kampung serta orang kampung Air Masin turut serta dalam acara tersebut. Acara dimulakan dengan menyanyikan lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Johor. Kemudian ucapan oleh guru besar sekolah Chi Mang iaitu Pn Chan Kim Yoke.

GB mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir. Beliau juga berharap semua yang hadir menjadikan kegiatan sukan dan senaman sebagai rutin harian agar kesihatan dapat dijaga dan meningkatkan prestasi kerja dan akademik masing-masing. Peserta larian dilepaskan oleh Ketua Kampung iaitu En Lim Thiam Hock dengan didahului katagori perempuan bawah 9 tahun, lelaki bawah 9 tahun , perempuan bawah 12 tahun dan lelaki baeah 12 tahun.


Saturday, February 12, 2011

全柔皇冠首要竞跑 Larian Perdana Mahkota



咸水港启蒙学校配合柔佛州教育局与柔佛州学联理事会同步举办2011年全柔皇冠首要竞跑。林添福村长为该项活动主持挥旗礼。
出席该项活动的包括了家教协会主席柯清荃,陈金玉校长,全体教职员工,村民及79位学生。每位参加者皆获得一张参加证书。所有的经费由该校家教协会理事会赞助。

1. 林添福村长主持挥旗礼。左二为柯清荃。
2. 全体的参加者在终点咸水港黄老仙师庙前拍照留念。