Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Tuesday, January 11, 2022

启蒙华小新校长,林崇信校长报到 Lapor Diri Guru Besar baharu, Cikgu Lim Chong Sing

 (11日)林崇信校长于2022年1月2日正式上任启蒙华小掌校。 

(11 JAN) Cikgu Lim Chong Sing telah melapor diri sebagai Guru Besar SJKC Chi Mang. Tarikh berkuat kuasa adalah pada 2 Jan 2022. 


启蒙华小目前共有9位教师。分别是林崇信校长,戴佩燕第一副校长,郑汉标学生事务副校长,卢传恒课外活动副校长,洪淑芬老师,春来老师,颜惠玲老师,杨俊贤老师以及林淑敏老师。启蒙团队正式成立,立志打造更好,更有素质和高表现的启蒙华小。


SJKC Chi Mang terdapat 9 orang guru termasuklah Guru Besar, Cikgu Lim Chong Sing, GPK 1, Cikgu Tey Pui Yan, GPK Hem, Cikgu Tea Han Biao, GPK KK, Cikgu Loo Chuan Heng, Cikgu Ang Su Hoon, Cikgu Cikgu Churai, Cikgu Gan Hui Ling, Cikgu William Eu Chin Xian, dan Cikgu Lim Su Min. Pasukan Chi Mang ditubuhkan. Matlamat dan peranan pasukan Chi Mang adalah untuk meningkatkan prestasi SJKC Chi Mang supaya merealisasikan impian sekolah berkualiti tinggi. 

No comments:

Post a Comment