Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Thursday, March 17, 2022

Bimbingan Mediator dan Bimbingan Pengoperasian Sekolah Sesi 2022/2023 开课运作与学校未来发展计划视察

 (17日)笨珍县教育署官员, En. Mohd Arif bin Raban莅临启蒙华小视察。

En. Mohd Arif主要与林崇信校长讨论开课运作事项。他对学校的准备工作表示满意。此外,他也聆听校长讲解学校2022年至2025年的发展计划。在讨论会中,他有给予校方几项重要的建议。校方对发展计划感到非常有信心。

Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohd Arif bin Raban, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid atas bimbingan mediator dan bimbingan pengoperasian sekolah. Beliau telah menunjukkan puas hati terhadap penyediaan pengoperasian sekolah sesi 2022/2023. Selain itu, beliau turut berbincang dengan Guru Besar terhadap rancangan pemajuan sekolah 2022 - 2025. Beliau telah memberikan beberapa cadangan yang bernas. Dengan ini, pihak sekolah berasa amat yakin tentang kejayaan RPS ini. 






过后,En. Mohd Arif也正在进行校务会议的副校长与老师们鼓励。他赞扬老师们的努力也对学校的发展计划表示看好。此外,他也激励老师们继续为学生的前途奋斗。

Kemudian, En. Mohd Arif turut memberikan galakan kepada semua GPK dan guru dalam mesyuarat pengurusan sekolah. Beliau memuji kesungguhan dan kegigihan para guru. Beliau turut memotivasikan para guru supaya terus berusaha untuk meningkatkan kemenjadian murid di sekolah. 





No comments:

Post a Comment