Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Thursday, May 11, 2017

SEJARAH SEKOLAH SJK (C) CHI MANG 2017

SEJARAH SEKOLAH SJK (C) CHI MANG,
AIR MASIN, KUKUP.

TAHUN
PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU
1923-1940
           Pada tahun 1923, seorang guru yang bernama Koh Yong Li yang berasal dari negeri China, mula mengajar dan mendidik anak-anak Kampung Air Masin. Pada mulanya, beliau hanya mempunyai 36 orang murid sahaja dan ia menumpang di sebuah rumah orang kampung. Pada tahun 1927, Cikgu Koh menamakan sekolahnya sebagai " CHI MANG ", yang membawa maksud " Pendidikan Awal ". Pada tahun 1940, hasil kerjasama 12 orang kampung yang menitikberatkan pendidikan, sebuah bangunan sekolah kecil yang hanya mempunyai 2 buah bilik darjah telah ditubuhkan.

1960
Oleh kerana pertambahan murid yang pesat, bangunan lama yang usang sudah tidak mencukupi. Dengan adanya kerjasama dan wang derma yang dipungut daripada orang ramai, sebuah bangunan baru yang menelan belanja sebanyak RM30,000.00 telah dibina. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah dewan kecil, sebuah pejabat guru, asrama guru, sebuah dapur, dan dua buah bilik air.

1978-1979
Dengan adanya peruntukan daripada Menteri Besar Johor dan menteri-menteri lain, sebuah perpustakaan, 4 buah bilik darjah baru, dan sebuah bilik pingpong telah dibina pada tahun 1978 dan 1979.

1991-1994
      Pada tahun 1991, bilik yang sedia ada didapati tidak mencukupi dan buruk kerana bangunan sekolah diperbuat daripada kayu dan papan. Jemaah Pengurus telah membuat keputusan untuk mengubah bangunan sekolah daripada papan ke simen supaya tahan lama. Satu jawatankuasa pembinaan bangunan baru sekolah telah ditubuhkan dan ahli-ahli jawatankuasanya bertungkus-lumus mengumpul wang daripada pelbagai sumber.  Pada tahun 1993, bangunan baru telah mula dibina. Pada tahun 1994, sebuah bangunan sekolah konkrit dua tingkat telah siap dibina. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru, sebuah bilik perpustakaan, dan sebuah bilik tayangan.

1994-1996
           Pada akhir tahun 1994, sekolah ini telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM85,000.00. Dengan adanya amaun wang yang besar ini, Jawatankuasa Pembinaan mula merancang membina sebuah Dewan Serbaguna. Pada tahun 1995, Guru Besar, Encik Ang Teck Yoke telah ditukarkan ke SJK(C) Pei Chun 2. Puan Hor Siew Yoong ditukarkan ke sekolah ini sebagai guru besar baru. Pada awal tahun 1996, sebuah dewan besar yang berukuran 120kaki X 40 kaki telah siap dibina.

1997-1998
Puan Hor Siew Yoong telah ditukarkan ke sekolah SJK(C) Yu Ming(2) pada awal tahun 1997 dan Encik Lim Soon Quee mengambil alih tempatnya sebagai guru besar baru. Pada 16hb Mei 1997, dewan besar telah dirasmikan. Pada 31 Mei 1997, Encik Lim Soon Quee telah ditukar ke SJK(C) Lok York, Benut. Puan Teo Siew Luan mula memegang jawatannya sebagai guru besar baru pada 1 Jun 1997. Pada 14 Mac 1998, Kelas Komputer Sekolah Chi Mang mula beroperasi. Bilik Komputer telah dilengkapkan dengan 11 unit komputer yang terkini.

1998-2003
Di bawah pimpinan Puan Teo, pusat sumber SJK ( C ) Chi Mang telah menjuarai pertandingan pusat sumber peringkat daerah pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula, pusat sumber sekolah ini telah mendapat johan dalam pertandingan pusat sumber peringkat negeri Johor.


          Puan Teo telah ditukarkan ke SJK ( C ) Saleng, Kulai pada tahun 2000 dan Encik Tan Bee Song mengambil alih tempatnya. Pimpinan dan usaha gigih Encik Tan telah membuahkan hasil yang bernas, SJK ( C ) Chi Mang telah dianugerahkan Sekolah Harapan ( Tempat Ketiga) Negeri Johor pada tahun 2001. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga bulan Mei 2003.

2003-2006
Cik Gan Choo Eng melapor diri sebagai guru besar SJK ( C ) Chi Mang pada bulan Julai, 2003. Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini telah mencatat satu rekod kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR dengan mencecah peratus kelulusan 78.2% dan seorang murid, Ang Hui Xian telah mendapat 7A pada tahun 2006. Pada tahun 2006 juga, SJK ( C ) Chi Mang telah mendapat penganugerahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana mencapai kelulusan terbaik dalam Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2006.
          Pada hujung tahun 2006, PIBG dan Jemaah Pengurus Sekolah telah menyunbangkan RM15000 untuk menaik taraf perpustakaan dan bilik tayangan dengan memasang jubin di lantai kedua-kedua bilik ini.
2006-2010
Cik Gan Choo Eng bersara pada 7 Mei 2007. Majlis persaraan yang julung kali diadakan di dewan sekolah ini buat Cik Gan Choo Eng dan hari yang amat bermakna ini merupakan titik noktah tempoh perkhidmatan beliau. Tempat beliau diganti oleh Puan Chan Kim Yoke mulai 7 September 2007.
          Pada 28 November 2007, SJK ( C ) Chi Mang telah meraikan ulang tahun ke-80 di dewan besar sekolah ini. Dengan usaha PIBG dan Jemaah Pengurus Sekolah, majlis yang diadakan secara besar-besaran ini telah berjaya mengumpulkan wang sumbangan berjumlah hampir 500 ribu ringgit untuk membina blok bangunan baru yang merangkumi 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik komputer. Kerja pembinaa telah dimulakan pada awal tahun 2008 dan bangunan baru disiapkan pada bulan Mei 2009. Bilik darjah baru telah digunakan mulai bulan Jun 2009.  Pada hujung tahun 2009, sekolah ini mendapat peruntukan untuk menaik taraf bilik darjah, bilik guru dan pejabat guru besar. Pada tahun 2009, SJK ( C )Chi Mang tela mendapat 60 set meja dan kerusi murid bekalan kerajaan. Pada tahun 2010 juga, sekolah ini mendapat 4 unit meja guru dan 30 set meja dan kerusi murid lagi.

2011
Pada 1.7.2011, Puan Chan Kim Yoke naik pangkat dan ditukar ke SJK ( C ) Gau San. Tempat beliau diganti oleh Puan See Ah Yew, GPK 1 SJK ( C ) Yu Ming 1, Pekan Nanas. SJK ( C ) Chi Mang bertuah kerana mendapat bantuan daripada YB Dato’Wee Jeck Seng, wakil rakyat Tanjung Piai dan telah berjaya menyaipkan pemasangan “smart class”yang dihasratkan agar dapat mempelbagaikan kaedah P&P di samping meningkatkan minat belajar serta prestasi sekolah. Dua buah bilik darjah telah diubahsuai untuk dijadikan kelas pra sekolah.Bilik darjah yang dilengkapi dengan dapur, ruang makan, tandas dan ruang pembelajaran telah siap dibina pada hujung tahun 2011. Pra sekolah dibuka pada Januari 2012.
2012
Dengan usaha pengerusi Jemaah Pengurus, En. Lau Yoke Tek, 4 buah bilik darjah telah dilengkapi dengan “smart class“. Dengan usaha beliau juga, 10 buah komputer baru dibeli untuk melancarkan pengendalian kelas komputer.

2013
Pada hujung tahun, KPM telah membekalkan 21 buah komputer dan sebuah server telah dipasang di bilik komputer untuk kegunaan para guru dan murid.

2014
Dengan usaha ahli parlimen Tangjung Piai, SJK ( C ) Chi Mang telah mendapat peruntukan sebanyak RM100000 untuk membaiki stor dan dewan, di samping menaik taraf kelengapan bilik guru, bilik darjah dan perpustakaan.

2015
           Di bawah kepimpinan Guru Besar Puan See Ah Yew, Keputusan UPSR telah mencatat satu sejarah iaitu pencapaian peningkatan peratusan UPSR lima tahun berturut-turut. Murid-murid yang cemerlang: (2011) Ang Hui Yi (6A1B). (2012) Yeo Qiu Tong (7A), Chai Wei Jun, Pee Jing Xian (6A1B). (2013) Kua Jian Bin (6A1B). (2014) Yeo Qiu En (7A), Chua Yi Ling (6A1B). (2015) Soo Jin Yee, Go Song Ying (7A), Ang Wei Shan (6A1B).

2016
           15 Ogos 2016, Puan Loh Chow Yoong telah mengambil alih jawatan sebagai Guru Besar yang ke-19 sekolah Chi Mang. Keputusan UPSR 2016 sekolah amat cemerlang dimana peratusan kelulusan ialah 100% (GPS 2.47).

            Sekolah Chi Mang telah meraikan Sambutan UlangTahun Ke-90 Penubuhan Sekolah Chi Mang pada 26 Disember 2016. Ahli Parlimen Tanjung Piai, YB Datuk Seri Wee Jeck Seng telah merasmikan majlis tersebut.


(31.12.2016)


No comments:

Post a Comment