HARI SAINS SJKC CHI MANG 2011
Pendahuluan
Hari Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan dengan sains, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Berhubungan itu Panitia Sains SJKC Chi Mang mengambil inisiatif merencanakan program Hari Sains sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Objektif
2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap sains.
2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi masa
kini.
2.3 Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
manusia.
2.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan teknologi
seterusnya meningkatkan peratus kelulusan sains UPSR
2.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sains dan teknologi kepada
manusia.
Sasaran
Semua Murid Tahap 2 SJKC Chi Mang
Tarikh & Masa
Tarikh : 24 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Besar Sekolah
No comments:
Post a Comment