Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Saturday, April 9, 2011

DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)

Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara
untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat
dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi
iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment