Berdiri megah di pinggir laut Selat Melaka, menceriakan lagi lokasi SJK(C) Chi Mang. Diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang sentiasa bersinar menerangi kawasan sekitar. Terletak di daerah penghujung Benua Asia, disempadani pula oleh Pulau Kukup, pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Oleh kerana lokasinya agak jauh dari bandar, sudah tentulah ia mewujudkan suasana yang lebih aman dan damai lagi mengasyikkan kepada setiap murid untuk mengikuti pembelajaran mereka. Kurniaan yang sungguh istimewa ini sudah tentu memudahkan lagi tanggungjawab setiap pendidik yang ditugaskan di sini untuk mendidik dan mengasuh murid-murid agar menjadi generasi yang berkebolehan dalam apa jua juga bidang pada masa hadapan.

Thursday, September 2, 2010

Laporan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

Laporan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah SJK(C) Chi Mang Tahun 2010

Pada 30 Ogos 2010 SJK(C) Chi Mang telah mengadakan Kempen Hari Kebangsaan peringkat sekolahPelancaran kempen ini telah diadakan di dewan sekolahSepanjang tempoh sambutan dijalankanpelbagai aktiviti telah diadakan. Ini termasuklah Pertandingan Melukis PosterMembuat Topi 1 Malaysia, Tayangan Video Hari Kemerdekaan, Nyanyian Lagu Patriotik, “Jalur Gemilang” dikibarkan di sekeliling sekolah

Selain itupihak Panitia Pendidikan Seni telah mengadakan pertandingan mewarna dan melukis poster sempena Bulan Kemerdekaan ini

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa JohorSelepas ituupacara ikrar dijalankanSeterusnyaucapan daripada Puan Guru Besar, Pn Chan Kim YokeGuru Besar memberi penerangan tentang sejarah kemerdekaan negaraPn Chan juga memberitahu murid bahawa tema Perayaan Kemerdekaan tahun ini ialah “ 1 Malaysia Menjana Transfomasi”. Seterusnya, tayangan video tentang hari kemerdekaan Malaysia dan nyanyian lagu patriotik oleh murid-murid sekolah Chi Mang. Acara kemuncak adalah aktiviti mengecop tapak tangan ke atas kain rentang hari kebangsaan yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Tarikh: 1 September 2010

No comments:

Post a Comment