
Panel : GPK 1 dan semua guru.
Sasaran : Semua murid Tahun 1 - Tahun 6.
Jangka Masa : Sepanjang tahun.
Masa Pelaksanaan : Isnin hingga Jumaat. (7.15 pagi -7.30 pagi)
Pelaksanaan : Murid-murid akan dipimpin membaca bina ayat, karangan dan ulasan yang ditetapkan mengikut jadual yang diedarkan.
Objektif :
Untuk meningkatkan dan memantapkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
Sebagai landasan persediaan murid-murid Tahun 1 - 6 menghadapi Bahasa Melayu Kertas 2 ( Penulisan) UPSR.
Sebagai langkah pengukuhan dan pemulihan murid-murid Tahun 1-6 agar menguasai asas mengarang.
Memupuk dan menyemai cinta Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.